Pilot cantik, Monica Khanna selamatkan 185 penumpang, pesawat terbakar

24 Jun 2022 • 11:14 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Juruterbang cantik, Monica Khanna selamatkan 185 penumpang, pesawat terbakar

PILOT atau juruterbang Boeing 737 SpiceJet cantik lagi jelita, Kapten Monica Khanna, dalam perjalanan dari Patna ke Delhi, terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjin pesawatnya terbakar di tengah-tengah penerbangan.

Dalam situasi cemas Ahad lalu, dia mematikan enjin penerbangan yang terjejas dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Patna.

Dia melakukan pendaratan yang tenang dan berjaya mengendalikan keadaan dan pesawat dengan baik bersama dengan Pegawai Pertama, Balpreet Singh Bhatia ketika itu.

Menurut laporan portal The Better India, Ketua operasi penerbangan, SpiceJet, Gurcharan Arora berkata, Kapten Monica Khanna dan pegawai pertama bertindak pantas sehingga dapat mengendalikan pesawat dengan baik semasa kejadian itu.

"Mereka sangat tenang. Mereka adalah pegawai yang berpengalaman dan kami berbangga dengan mereka," katanya.

image is not available

Kebakaran dilaporkan berpunca daripada hentakan burung.

Kata Arora lagi, hanya satu enjin yang berfungsi semasa pesawat itu mendarat.

"Jurutera memeriksa pesawat dan disahkan bilah kipas dan enjin rosak akibat dilanggar burung. Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) akan menyiasat lebih lanjut," ujarnya.

Saksi kejadian berkata, api dalam enjin pesawat itu padam ketika ia menghampiri landasan.

Selepas mendarat dengan selamat, wakil syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang menyambut Kapten Monica dengan tepukan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

View Original Article