Pilu! Hilang dihanyutkan kepala air di KL, jasad lelaki ditemui jauh di Sungai Kandis, Shah Alam

21 Nov 2025 • 2:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

LELAKI yang dihanyutkan oleh kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur dilaporkan telah ditemui pada di kawasan Sungai Kandis, Shah Alam.

Mangsa, ditemukan di perangkap sampah pada jam  10.30 pagi Jumaat iaitu kira-kira empat hari selepas kehilangannya sejak 5.30 petang Isnin.

Penemuan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

image is not available

Difahamkan, satu sidang akhbar akan diadakakan untuk berkongsi lanjut butiran penemuan berkenaan.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

Pihaknya membantu mengeluarkan jasad mereka yang dijumpai di kawasan perangkap sampah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

image is not available
Pacuan empat roda mangsa ditemui 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada Rabu.

"Pihak polis telah mengesahkan mayat ialah mangsa yang telah dilaporkan hanyut di Sungai Klang semasa kejadian banjir di Pintasan Saloma, Kampung Baru, Kuala Lumpur," ujarnya.

Imbas kembali Isnin lalu, K Suresh, 37, yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma selepas terperangkap di bawah jambatan berkenaan selepas tidak sempat melarikan diri.

Difahamkan, ketika itu dia dalam proses mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan dan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip.

Operasi pencarian yang dijalankan turut membabitkan penggunaan dron.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved