Pilu, Lelaki Lumpuh Ditemui Tepi Jalan Dakwa Dibuang Keluarga 

27 Apr 2023 • 10:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Pilu, Lelaki Lumpuh Ditemui Berseorangan Tepi Jalan Dakwa Dibuang Keluarga

Seorang lelaki lumpuh berusia 51 tahun yang ditemui di sebuah pondok di pinggir jalan di kawasan Jatiuwung, Kota Tangerang, Banten, Indonesia mendakwa bahawa dirinya telah dibuang oleh ahli keluarganya.

Memetik Detik.com, Kapolres Kota Tangerang Kombes, Zain Dwi Nugroho mengatakan bahawa lelaki itu ditemukan di kawasan Jatiuwung pada Selasa, 25 April.

Lelaki itu dipercayai merupakan warga Jambe, Kabupaten Tangerang.

“Ya, memang betul, lelaki warga emas itu ditinggalkan oleh seseorang di tepi jalan. Warga emas berusia 51 tahun itu merupakan warga Jambe, Kabupaten Tangerang,” kata Kombes Zain Dwi Nugroh dalam keterangannya kepada wartawan.

image is not available
Kredit Instagram

Polis menerima laporan daripada orang ramai dan segera bertindak

Menurut Zain lagi, polis segera ke lokasi dan membantu lelaki itu selepas menerima laporan daripada orang ramai sebelum membawanya ke Khidmat Sosial Kota Tangerang.

“Laporan masyarakat itu segera dijawab oleh Bhabinkamtibmas, Desa Gandasari, Bripka Nuri Eka dengan mengunjungi lokasi bersama ketua RT dan RW setempat,” katanya lagi.

Berdasarkan laporan ketua RW, terdapat penduduk melihat dua orang penunggang motosikal pada jam 15.00 WIB. Dua lelaki itu kemudiannya menurunkan lelaki lumpuh tersebut lalu meninggalkannya.

Lelaki lumpuh itu kini telah dibawa ke Hospital Kota Tangerang untuk menerima rawatan perubatan.

“Lelaki tua itu segera dibawa ke Pejabat Dinas Sosial Kota Tangerang diiringi oleh Bhabinkamtibmas, Daerah Trantib Jatiuwung, dan petugas sosial di Desa Gandasari. Selepas mengumpul data, kami membawa lelaki itu ke Hospital Kota Tangerang untuk rawatan lanjut,” tambah Zain lagi.

image is not available
Kredit Instagram

Lelaki lumpuh itu juga mendakwa bahawa anak kandungnya telah membuangnya di tepi jalan. Polis kini sedang menyiasat pengakuan lelaki tersebut.

“Babinkamtibmas, Desa Gandasari, Polis Jatiuwung, Aipda Nuri Eka memindahkan seorang lelaki yang sakit dan mendakwa telah dibuang oleh anak kandungnya di tepi jalan,” tulis Polis Jatiuwung di akaun Instagram rasminya.

“Kes ini dalam proses siasatan polis,” tulis Polis Jatiuwung lagi.

Sumber: Detik.com