Pimpinan Utama GISBH Ditahan, Direman Tujuh Hari

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali antara 19 pemimpin tertinggi ditahan polis di empat unit kediaman di Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Menurut laporan malaysiakini, individu lain ditahan termasuk isterinya, anak-anaknya, serta anak-anak bekas pemimpin al-Arqam iaitu Allahyarham Ashaari Mohammad.

image is not available

Foto: Astro Awani

Menerusi kemas kini terbaharu, kesemua individu direman tujuh hari bermula hari ini selepas permohonan reman dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Terdahulu, sebanyak 20 rumah amal yang didakwa dikendalikan oleh GISBH diserbu polis sebelum hampir 400 kanak-kanak diselamatkan dengan sebahagiannya dilaporkan menjadi mangsa liwat.

Bagaimanapun, GISBH menafikan mereka mengendalikan rumah-rumah amal tersebut selain turut menafikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka telah didera.

Namun tidak lama selepas itu, Nasiruddin tampil membuat pengakuan bahawa terdapat satu atau dua kes liwat tetapi menjelaskan perkara itu tidak seharusnya menjejaskan keseluruhan organisasi.

Sumber: malaysiakini (Hariz Mohd)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved