Pinda Akta Persaingan 2010 pastikan undang-undang lebih komprehensif

23 Jun 2022 • 12:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Persaingan 2010 adalah untuk memastikan undang-undang persaingan negara lebih komprehensif dan selaras dengan amalan antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, akta itu yang kini dalam proses pindaan terutama berhubung pengenalan peruntukan rejim kawalan penggabungan akan memberikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kuasa untuk menilai dan menyiasat transaksi penggabungan yang berpotensi menyebabkan penumpuan pasaran dan boleh menjurus kepada monopoli dalam pasaran.

"Kita semua tahu karenah monopoli yang sentiasa menimbulkan keresahan dalam kalangan Keluarga Malaysia, lebih-lebih lagi apabila monopoli ini cuba terus-menerus mengganggu persaingan serta menghalang kemasukan pesaing kecil dalam pasaran.

"Pindaan terhadap Akta Persaingan dan Akta Suruhanjaya Persaingan Malaysia ini akan memberi kuasa kepada MyCC untuk menangani isu persaingan yang lazim dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah dengan berkesan dan cekap," katanya pada ucapan Persidangan Undang-undang Persaingan 2022 MyCC ketiga di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved