Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

image.png

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju secara dasar dengan cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewujudkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya serta memperkukuh Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata keputusan Kabinet pada Rabu lalu itu bertujuan memastikan pesalah bukan saja dikenakan hukuman sedia ada seperti penjara, denda dan hilang kelayakan memandu, malah turut dipertanggungjawabkan atas kesan perbuatan mereka terhadap mangsa serta keluarga mangsa.

Beliau berkata, mekanisme pampasan itu akan meliputi kesalahan seperti memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu secara melulu, dan kesalahan lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

"Ketika ini, pesalah hanya dikenakan hukuman penjara ataupun denda, namun tiada unsur pampasan kepada keluarga mangsa.

"Apa yang kita mahu wujudkan ialah satu mekanisme baharu dalam perundangan negara di mana mahkamah juga boleh mengarahkan mereka yang didapati bersalah itu untuk membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, cdangan jumlah pampasan itu tidak akan ditetapkan secara automatik oleh kerajaan, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah berdasarkan fakta dan merit setiap kes.

Kriteria Penentuan Nilai Pampasan:

Tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu.Kecederaan atau kehilangan nyawa yang dialami mangsa.Kerugian kewangan yang ditanggung oleh mangsa atau waris terdekat.Kemampuan kewangan pesalah untuk membayar pampasan tersebut.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved