
TAWAU: Pindaan Ordinan Buruh Sabah dijangka akan dibentangkan dalam sesi sidang Parlimen pada Oktober depan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.
Menurutnya, kerajaan negeri Sabah juga bersetuju supaya pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah dibuat sebagaimana Akta Kerja 1955 di Semenanjung.
“Sekiranya pindaan itu diluluskan, sudah pasti hak-hak dan faedah yang akan dinikmati oleh dua juta pekerja di Sabah seperti dinikmati para pekerja di semenanjung,” katanya.
