Pindah 10/30 Akaun 2 ke Akaun 3 selepas 15 Ogos adalah langkah paling cerdik, ini sebabnya

14 May 2024 • 5:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberikan tawaran one-off untuk menentukan baki permulaan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mereka. Sekiranya anda ingin manfaatkan peluang ini, permohonan perpindahan sebahagian Akaun Sejahtera (Akaun 2), kepada Akaun 3 selepas 15 Ogos 2024 adalah yang terbaik dan ini sebabnya.

Sebelum anda menelusuri tips ini, perlu diingatkan yang ini adalah untuk yang bekerja secara makan gaji dan bukannya yang bekerja sendiri ataupun lakukan caruman kendiri.

Berdasarkan polisi KWSP, caruman wajib yang perlu dilunaskan majikan terhadap pekerjanya adalah sebelum ataupun pada 15 hari bulan, setiap bulan.

image is not available

Makanya, setiap kali selepas 15 hari bulan anda akan dapati akaun KWSP ada caruman baharu yang menggunakan nisbah 75%:15%:10% (Akaun Persaraan:Akaun Sejahtera:Akaun Fleksibel).

image is not available

Seandainya memohon perpindahan selepas 15 Ogos 2024, Akaun 2 anda akan menerima caruman bulan Mei 2024, Jun 2024, Julai 2024, dan Ogos 2024 iaitu sebanyak 4 bulan. Jika mengambil contoh caruman bulanan anda RM5,000/bulan. Sebanyak tambahan RM3,000 akan ada dalam Akaun 2 untuk sebahagiannya dipindahkan kepada Akaun 3 sebagai baki permulaan.

image is not available

Perkara ini memaksimumkan dana yang boleh dipindahkan. Contoh dibawah menggunakan anggapan bahawa caruman bulanan anda RM5,000 dan dalam Akaun 2 anda berbaki lebih daripada RM3,000. Untuk perkiraan yang lebih terpenci, gunakan kalkulator Akaun 3 KWSP kami.

Berbeza pula dengan yang memohon sebelum 15 Mei 2024 ataupun sebelum majikan melakukan caruman bulanan. Mereka mungkin hanya memindahkan baki sedia ada Akaun 2.

image is not available

Seperti yang ditekankan sebelum ini, tawaran ini adalah secara sukarela dan boleh ditolak sekiranya anda ingin mulakan Akaun 3 daripada RM0 tanpa mengusik sebarang dana daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2).

Kalau taknak pun tidak mengapa sebab anda akan mula daripada RM0. Tawaran one-off ini sah sehingga 31 Ogos 2024. Jangan lupa untuk manfaatkan kalkulator Akaun 3 KWSP yang telah kami bangunkan dalam artikel terdahulu.

Bacaan berkaitan