Pindah Ke TRX, Bursa Malaysia Sahkan Dalam Perbincangan Bersama Mulia Property

Business & Finance
19 Jun 2024 • 11:36 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bursa Malaysia mengesahkan sedang dalam proses perbincangan bersama syarikat Mulia Property Development Sdn Bhd untuk memindahkan pejabatnya ke Tun Razak Exchange (TRX).

Menerusi laporan The Star, pengendali bursa saham kini terletak di bangunan pejabat 16 tingkat yang bertempat di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.

image is not available

Foto: NST

“Dalam hal ini, Bursa Malaysia mengesahkan perbincangan dengan Mulia Property Development masih diteruskan dan butirannya masih belum dimuktamadkan,” kata pengendali bursa saham dalam makluman kepada Bursa, pada Selasa.

Bursa Malaysia berkata demikian bagi mengulas dua artikel yang dikeluarkan baru-baru ini bertajuk ‘Bursa Malaysia timbang pindah TRX’ dan ‘Rundingan di peringkat akhir, ibu pejabat Bursa Malaysia akan dipindahkan ke TRX’.

image is not available

Foto: The Star

Menurut kedua-kedua artikel berkenaan, Bursa Malaysia dan Mulia Property dikatakan sedang berunding untuk memindahkan ibu pejabat bursa ke TRX dan jika langkah itu berjaya, Bursa Malaysia mungkin akan menduduki dua tingkat bangunan Bursa 106.

Namun begitu, Bursa menjelaskan bahawa pihaknya akan memberitahu maklumat lanjut setelah mengetahui perkembangan mengenai perkara terbabit.

“Pengumuman lanjut hanya akan dibuat oleh syarikat apabila terdapat perkembangan material mengenai perkara itu,” ujarnya lagi.

Sumber: The Star, Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved