Pindah Kediaman Lain, Rumah Tangga Aishwarya & Abhishek Didakwa Goyah

12 Dec 2023 • 10:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pasangan popular Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat ramai apabila tersebarnya khabar angin yang mengatakan rumah tangga mereka kembali bergolak.

Menurut laporan Kosmo! Online, tindakan Amitabh Bachchan yang menghadiahkan sebuah rumah agam mewah kepada anak sulungnya, Shweta telah mencetuskan spekulasi lain.

Mana tidaknya, sebelum ini ada khabar angin mengatakan pensohor media itu mahu kembali tinggal bersama ibu bapanya di kediaman keluarga.

image is not available

Susulan itu, Aishwarya Rai yang tinggal di rumah mentua selepas berkahwin dengan Abhishek Bachchan terpaksa berpindah ke kediaman lain.

Keputusan itu perlu dibuat disebabkan hubungan aktor yang berusia 50 tahun itu bersama kakak iparnya didakwa tidak ‘sebulu’ dan kurang baik.

Malah, Abhishek dilaporkan kerap bermasam muka ekoran hubungan dingin diantara Aishwarya Rai dan ibu mentuanya, Jaya Bachchan sehingga membuatkan ikatan mereka semakin goyah.

image is not available

Terdahulu, tindakan Abhishek yang meninggalkan isterinya di karpet merah dalam sebuah acara besar telah mengundang rasa tidak puas ramai.

Sekadar info, pasangan berpengaruh Bollywood itu mendirikan rumah tangga pada 20 April 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaradhya selepas empat tahun berkahwin.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)