Pindah mesej Whatsapp merentasi telefon baharu guna QR, ini caranya

Digital
3 Jul 2023 • 9:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mark Zuckerberg melalaui akaun Facebook peribadinya telah mengumumkan satu ciri baharu pada WhatsApp. Fungsi tersebut membolehkan pengguna memindahkan mesej dariapda telefon lama dengan yang baharu dengan mudah.

Ia berbeza dengan cara sebelum ini yang memerlukan anda membuat salinan pendua, muat naik kepada Google Drive, dan muat turun semula ke telefon baharu. Kaedah kali ini lebih pantas kerana ia memindahkan terus daripada WhatsApp telefon lama ke telefon baharu tanpa perkhidmatan pihak ketiga.

image is not available

Bagi memudahkan lagi proses penghantaran, manfaat kod QR digunakan untuk mencetuskan proses perpindahan ini. Berikut adalah cara untuk lakukannya.

  1. Telefon baharu dan yang lama perlulah berada berdekatan dalam dalam cakupan Wi-Fi sama.
  2. Di telefon lama, pergi Setting > Chat > Chat Transfer
  3. Imbas kod QR yang terpapar di telefon baharu.
  4. Pastikan telefon berada hampir antara satu sama lain sewaktu perpindahan dilakukan bagi mengelakkan sambungan terputus.

image is not available

Satu perkara yang perlu anda ketahui adalah ia hanya boleh digunakan untuk perpindahan dalam platform yang sama iaitu Android ke Android ataupun iOS kepada iOS. Untuk perpindahan merentasi platform, anda tiada pilihan lain selain mengguna pakai aplikasi pihak ketiga ataupun gunakan saja ciri WhatsApp Companion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved