Pindah Sepanyol Tapi Semua Jiran Tak Suka, Amber Heard Buat Hal Ber*k Atas Jalan Tepi Rumah

Entertainment
10 Nov 2022 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Namanya baru mula nak reda daripada hangat diperkatakan di media sosial selepas kes mahkamah membabitkan dirinya dan Johnny Depp selesai, kini Amber Heard kembali meraih perhatian.

Tular baru-baru ini gambar yang diambil daripada rakaman CCTV jiran menunjukkan Amber kantoi membuang air besar di kawasan perumahnnya.

Bintang filem Aquaman itu difahamkan kini menetap di Sepanyol dan tindakannya terbongkar selepas jirannya ternampak tahi manusia berdekatan rumahnya.

Jiran terbabit kemudian membuat keputusan untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup dan Amber dilihat selamba membuka seluar dan terus membuang air besar.

image is not available

Dia dipercayai berbuat sedemikian dalam keadaan mabuk dan perbuatannya sudah dilaporkan oleh jiran berkenaan yang mendakwa sudah tidak tahan dengan sikap aktres itu.

Dakwanya, ia bukanlah kali pertama kejadian sebegitu berlaku dan penduduk kejiranan itu akui sudah selalu terhidu bau busuk dan ternampak najis merata-rata sejak Amber berpindah ke situ.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, penduduk bertindak untuk memeriksa rakaman CCTV dan mendapati ternyata ia adalah angkara pelakon tersebut.

Menurut individu itu, Amber didapati kerap dan suka membuang air besar di kawasan perumahan berkenaan malah turut sering mengganggu keamanan kerana membuat bising apabila mabuk.

image is not available

image is not available

Difahamkan, Amber menafikan berbuat sedemikian dan tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan jijik itu sebaliknya menuduh ia adalah perbuatan anjing mereka.

Untuk rekod, sebelum ini bekas suami Amber, Johnny mendedahkan ketika perbicaraan berlangsung bahawa Amber pernah membuang air besar di atas katil mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 bulan lalu

Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah, Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

View Original Article