Ping Edge Technology kutip hasil RM54 juta didorong perniagaan peralatan dapur di pasaran domestik

LocalBusiness & Finance
8 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ping Edge Technology kutip hasil RM54 juta didorong perniagaan peralatan dapur di pasaran domestik Image from: Ping Edge Technology kutip hasil RM54 juta didorong perniagaan peralatan dapur di pasaran domestik amree08/07/2026 - 14:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Julai  — Ping Edge Technology Berhad berjaya mencatatkan pendapatan keseluruhan mencecah sebanyak RM53.56 juta bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 30 April 2026 (FPE26).

 

Hasil positif tersebut menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, dijana terutamanya daripada segmen perdagangan peralatan perkhidmatan makanan komersial dan peralatan dapur.

 

Bagaimanapun, bagi tempoh sama, ia melaporkan kerugian bersih RM1.55 juta, sebahagian besar akibat perbelanjaan pentadbiran RM7.92 juta, termasuk kos penyenaraian RM1.31 juta di Bursa Malaysia.

 

"Punca utama pendapatan daripada jumlah yang disumbangkan oleh pasaran domestik melalui aktiviti e-dagang dan perdagangan peralatan dapur komersial dalam Malaysia sendiri," tambah Ping Edge.

 

Laporan kali ini tiada perbandingan kerana merangkumi tempoh 18 bulan dari 1 November 2024 hingga 30 April 2026, susulan pertukaran tarikh akhir tahun kewangan syarikat itu daripada 31 Oktober.

 

Ujarnya, selain kos penyenaraian, beban kewangan kumpulan berkenaan turut disumbangkan oleh kos kakitangan sebanyak RM3.17 juta serta perbelanjaan jualan dan pengedaran berjumlah RM1.81 juta.

 

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, Lembaga Pengarah Ping Edge tidak mengesyorkan sebarang pembayaran dividen kepada semua pemegang saham syarikat berkenaan bagi tempoh kewangan semasa.

 

"Kumpulan ini menerusi anak syarikat milik penuhnya Ping Edge Sdn Bhd, kekal fokus dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam sektor peralatan perkhidmatan makanan komersial," jelasnya lagi. 

 

Di samping katanya, kumpulan akan menguruskan struktur modal selepas penyenaraian rasmi di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 13 Jun 2025 bagi menyokong operasi masa hadapan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved