Pingat khas RM30 untuk pendaki tawan puncak Gunung Kinabalu

23 Feb 2024 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Mereka yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu berpeluang memperoleh pingat khas (gambar) atas usaha mereka, selain sijil pendakian.

Bagaimanapun, ia berharga RM30 sekeping, kata jurucakap Kinabalu Park selepas perkara itu disiarkan dalam talian dan mendapat beberapa maklum balas daripada netizen.

“Untuk makluman umum, sehingga 18 Feb 2024 tiada penganugerahan Pingat Pendakian Gunung Kinabalu secara percuma disediakan oleh Taman Kinabalu atau Koktas seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak tertentu di media sosial.

“Penjualan pingat bagi mereka yang mencapai puncak ialah RM30. Diurus dan dijual oleh Koktas,” kata kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.