Pinggan Mangkuk Berselerak Atas Meja Di IKEA, Netizen Persoal Perlu Atau Tidak Kemas Meja Lepas Makan?

Food
15 Jul 2022 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika kita ke restoran makanan segera, sudah menjadi amalan buat pelanggan yang ‘dine-in’ untuk mengemas meja usai sahaja makan.

Namun, persoalan mula timbul apabila sebuah video TikTok menunjukkan tempat makan di gedung Ikea dipenuhi dengan pinggan dan cawan yang tidak dikemas kembali oleh pelanggan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di IKEA Cheras di mana video tersebut turut memaparkan hanya dua orang pekerja IKEA dilihat sibuk mengemas meja makan yang sudah diduduki.

Berikutan itu, netizen mempersoalkan adakah perlu pelanggan mengemas meja mereka sendiri setelah makan di IKEA?

Dakwa netizen, kebiasaannya pelanggan akan melakukannya sendiri malah ada yang terkejut apabila menyedari kewujudan pekerja di bahagian kedai makan gedung membeli belah terkenal itu.

image is not available

Sumber : TikTok  

Namun begitu, ada yang beranggapan longgokan pinggan mangkuk dan juga cawan itu bukanlah disebabkan oleh sikap pelanggan yang tidak mengemas sendiri setelah makan namun ia terjadi disebabkan oleh terlalu ramai pelanggan dalam satu-satu masa.

Tapi sebenarnya pihak IKEA telah pun meletakkan notis di setiap meja makan untuk memberi peringatan kepada pengguna supaya mengembalikan pinggan dan cawan ke tempat yang disediakan.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Tak Pasal Sangkut" - Ubah Suai Terlalu 'Lowered', Pemandu Honda Civic Terseksa Nak Pandu Kereta Sendiri

View Original Article