Pinggan Mangkuk & Perabot Milik Siapa Lepas Cerai? Peguam Syarie Bongkar Hak Harta Sepencarian

LocalHome & Living
2 May 2025 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Cik Epal bertindak menuntut semula barang yang didakwa miliknya dan dibeli sewaktu mereka masih hidup bersama.

Antara barang yang tersenarai dalam tuntutan tersebut adalah pinggan mangkuk yang berharga ribuan ringgit serta beberapa peralatan elektrik yang lain.

image is not available

gambar hiasan

Isu ini mula menjadi perhatian ramai apabila ada pihak yang mempersoal status barang tersebut selepas cerai.

Oleh itu, seorang peguam syarie tampil membuat penjelasan berhubung status barangan tersebut.

Selepas bercerai, barangan dalam rumah jadi milik siapa?

 

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, beliau menjelaskan bahawa isteri boleh menuntut barang yang dibeli ketika hidup bersama dalam tuntutan harta sepencarian.

Contoh, isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, TV, peti ais dalam tempoh perkahwinan.

 

Tapi lepas bercerai suami pula bawa lari barang-barang tersebut atau berkeras taknak pulangkan pada isteri, isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian.

image is not available

Menurutnya, mahkamah berhak mengarahkan suami untuk membayar jumlah harta mengikut kadar yang ditetapkan atau dengan cara yang dianggap wajar.

Tambahan pula, peraturan ini bukan hanya terpakai kepada isteri, suami juga berhak untuk membuat tuntutan terhadap harta sepencarian.

Boleh dengan syarat suami perlu buktikan dia ada sumbangan juga terhadap barangan tersebut.

image is not available

Pada masa yang sama, peguam Syarie itu juga turut menjelaskan maksud sebenar harta sepencarian menerusi ruangan kapsyen.

Takrifan asal harta sepencarian adalah apa-apa harta yang dibeli atau diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

 

Jika dibeli sebelum, harta tersebut hendaklah dimajukan dan dikembangkan dalam tempoh perkahwinan baru boleh dikira sebagai harta sepencarian.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

"Biar Polis Handle G*ngster Garing Ni" - Dewi Dakwa Cik Epal Cederakan Dirinya, Campak Barang Rumah