Pinjam Saudara RM6K Tapi Suami Isteri ‘Alim’ Enggan Bayar Hutang – “Isteri Dia Kata Dalam Islam Tak Wajib Bayar Sebab Aku Tak Solat”

8 May 2024 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau sudah meminjam, ingatlah sendiri untuk bayar semula tetapi kebanyakan tidak mengutamakan atau orang akan buat-buat lupa untuk melangsaikan hutang.

Namun, lebih menyakitkan hati apabila orang yang meminjam memberikan alasan tidak munasabah apabila pemiutang minta hutang mereka dibayar semula.

 

Masa pinjam janji nak bayar balik

Seperti yang dilalui seorang individu ini yang meluahkan rasa marah terhadap saudaranya dan isteri apabila pasangan tersebut memberikan alasan dengan mengaitkan tentang isu islamik pula.

Menerusi Twitter, individu terbabit menceritakan bahawa pasangan suami isteri berkenaan meminjamnya wang berjumlah RM6,000 dan hutang tersebut sudah tertunggak sehingga tiga tahun lamanya.

Masa nak meminjam bukan main janji nak bayar balik. Sekarang dah lebih tiga tahun, masih tak bayar.”

image is not available

 

Bila suruh bayar, kaitkan dengan solat pula

Lebih menyakitkan hati, isteri saudaranya itu boleh pula memberikan alasan yang tiada kena mengena apabila diminta membayar semula hutang mereka.

Isteri dia cakap dalam Islam tak wajib bayar hutang sebab aku tak solat. Mereka suami isteri kaki solat tapi tak bayar hutang, boleh masuk syurga ke?”

image is not available

Luahan tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet yang berang dengan kelakuan pasangan suami isteri tersebut yang mengaitkan tentang solat sebagai alasan untuk mengelak melunaskan hutang.

Sebagai orang yang tidak tinggal solat, mereka berdua seharusnya sedar bahawa hutang di dunia akan dibawa mati dan juga perlu tahu bahawa Islam menitik beratkan umatnya untuk melangsaikan hutang.

image is not available 3 weeks ago

"Allah Nak Cabut Nyawa Saya Pun Tiada Masalah" - Dah Lantik Peguam, Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Selesaikan Hutang RM7 Juta