“Pinjaman Biasiswa Tiada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan…” – Che Ta

LocalEntertainment
26 Dec 2024 • 1:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak tahan dengan cercaan dan hinaan netizen berhubung isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon yang juga usahawan, Che Ta tampil menegaskan bahawa pinjaman perniagaan institusi tersebut tiada kaitan dengan tajaan biasiswa sehingga boleh menjejaskan kelangsungan hidup pelajar seperti yang didakwa.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan memaklumkan setiap orang perlu percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan untuk setiap individu.

image is not available

Biasiswa pelajar tiada kena mengena dengan pinjaman perniagaan.

 

Tapi kalau anak awak belajar pandai, rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah.

Perkara tersebut telah diluahkan menerusi ruangan komen selepas seorang individu meminta pelakon tersebut melangsaikan hutangnya dengan Mara.

image is not available

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen kurang senang melihat respon Che Ta dan ada yang mengatakan pelakon itu angkuh menjawab pertanyaan tersebut.

image is not available

image is not available

Terdahulu, kediaman pelakon itu dilaporkan telah diserbu oleh pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan dia pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000 dan dikatakan sudah melunaskan bayaran baru-baru ini di pejabat Mara, namun tidak dapat dipastikan amaun yang dibayar.

image is not available 23 hours ago

"Che Ta Kecil Hati Sampai 'Block' Semua Orang, Enggan Jawab Panggilan" - Zain Saidin