‘Pinjaman MARA wajib dibayar, setiap sen adalah wang rakyat’ – Dr Asyraf Wajdi

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 3:53 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan peminjam yang membuat pinjaman dengan MARA perlu melunaskan pinjaman.

Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf mengingatkan, pihak MARA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap peminjam yang culas.

“Hutang wajib dibayar! Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

“Saya menjaga amanah wang rakyat dibawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak,” katanya.

Jelasnya, sebelum tindakan perundangan dilakukan, nilah ihsan juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah berunding dengan MARA mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.

“MARA tidak sewenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan.

“MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang. Malah sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘IHSAN’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, tindakan perundangan merupakan jalan terakhir bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula bagi manfaat orang lain pula.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan.

“Bermakna tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula,” jelasnya.

Terdahulu, pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah selepas pelakon itu gagal melunaskan hutangan pinjaman MARA bernilai hampir RM1 juta.