Pinjaman RM11.3 juta: Lima direman

LocalPolitics
23 May 2025 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Lima lelaki, termasuk empat pegawai bank, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kelulusan pinjaman kira-kira RM11.3 juta menggunakan dokumen palsu antara 2022 hingga tahun lepas.

Majistret Siti Aisyah Umar Baki membenarkan reman hingga 28 Mei terhadap semua lelaki berumur 30-an hingga 50-an itu dibenarkan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

Semua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan 39 permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Semua suspek ditahan antara 2 petang hingga 7 malam pada Rabu ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan. Penahanan itu juga hasil kerjasama antara pihak SPRM Sabah dan Unit Audit Dalaman salah sebuah institusi kewangan tempatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu perbuatan berkaitan tugas rasmi.