Pinji Botanics biaya RM1.8 juta turap Jalan Utama Bandar Seri Botani beri keselesaan kepada komuniti

6 Jun 2024 • 2:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pinji Botanics biaya RM1.8 juta turap Jalan Utama Bandar Seri Botani beri keselesaan kepada komuniti

zakisalleh

06/06/2024 - 14:57

IPOH 6 Jun - Syarikat pemaju hartanah, Pinji Botanics Sdn. Bhd. (PBSB) membelanjakan sebanyak RM1.8 juta untuk menurap semula Jalan Utama Bandar Seri Botani di sini bagi memberi keselesaan kepada lebih 50,000 penggunanya.

Penurapan jalan sepanjang 6 kilometer (km) itu dilaksanakan PBSB dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh menerusi inisiatif kewangan swasta (PFI).

Jalan ini yang dibina dan diselenggara oleh PBSB sejak tahun 2004 menjadi penghubung komuniti Bandar Seri Botani.

Pengarah Operasi PBSB, Lee Chalk Hien berkata, jalan tersebut akan diserahkan kembali kepada MBI bagi penyelenggaraan.

image is not available

image is not available

Projek penurapan jalan utama itu siap dijalankan oleh kontraktor dalam masa dua minggu.

“Jalan Utama Bandar Seri Botani adalah jalan penghubung kepada kawasan-kawasan sekitarnya.

“Antaranya Batu Gajah, Manjung, Menglembu, Papan, Gopeng dan Simpang Pulai dalam mengurangkan tempoh dan jarak perjalanan ke Bandar Seri Botani dan Bandaraya Ipoh.

“Pinji Botanics Sdn. Bhd. amat berbesar hati dapat memainkan peranan melakukan penurapan jalan ini demi keselesaan pengguna dan komuniti Bandar Seri Botani,” ujarnya.

PFI adalah skim untuk mendukung usaha kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kemudahan awam.

image is not available
Jalan Utama Bandar Seri Botani menjadi penghubung 50,000 pengguna setiap hari.

Skim ini bertujuan untuk membiayai projek infrastruktur sosial seperti pengangkutan, komunikasi, pendidikan, kesihatan, tenaga dan projek kemudahan awam.

Jelas Chalk Hien lagi, menerusi kerjasama menang-menang ini PBSB telah membelanjakan RM1.8 juta kos untuk menurap semula jalan yang telah memberi penjimatan kepada kerajaan.

“Inisiatif ini kemudian dinikmati rakyat sebagai pengguna apabila dapat menggunakan jalan yang baik dan melancarkan pemanduan harian,” ujarnya.

Bandar Seri Botani yang dibangunkan secara terancang oleh Kumpulan Taiko merupakan kawasan pembangunan contoh di Selatan Ipoh.

Ia mempunyai kira-kira 7,000 buah kediaman pelbagai jenis dan sedang pesat membangun termasuk mempunyai taman rekreasi yang mendapat pengiktirafan Jabatan Landskap Negara. - DagangNews.com

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved