'Pintasan Israel mula berlaku, doakan peserta GSF kuat dan tenang' – Nadir Al-Nuri

WorldPolitics
18 May 2026 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Pintasan Israel mula berlaku, doakan peserta GSF kuat dan tenang' – Nadir Al-Nuri
Kejadian pemintasan haram oleh askar Zionis itu berlaku di perairan antarabangsa.
Image from: 'Pintasan Israel mula berlaku, doakan peserta GSF kuat dan tenang' – Nadir Al-Nuri
Kejadian pemintasan haram oleh askar Zionis itu berlaku di perairan antarabangsa. Foto Agensi

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman memohon orang ramai mendoakan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 agar diberi ketenangan dan kekuatan.

Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, ini kerana pintasan rejim Zionis terhadap mereka telah mula berlaku.

"Interception telah mula berlaku ke atas kapal-kapal GSF, kali ini di waktu siang! Doakan teman-teman kita.

"Sebarkan kejahatan ini seluasnya," katanya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Pada minggu lalu, lebih 50 kapal berlayar dari bandar pelabuhan Marmaris di Turkiye di bawah fasa akhir misi bagi mencabar sekatan Israel terhadap Gaza.

Akhbar Yedioth Ahronoth Israel melaporkan askar Israel telah menahan aktivis di atas kapal-kapal flotila dan memindahkan mereka ke sebuah kapal tentera laut sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod di Tel Aviv.

Kira-kira sejam sebelum insiden pemintasan itu, Kementerian Luar Israel memberi amaran kepada flotila supaya berpatah balik, namun amaran itu tidak dihiraukan.

Stesen penyiar Kan melaporkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dijangka memberi kebenaran kepada tentera untuk menghalang flotila daripada sampai ke Gaza dan merampas kapal yang cuba memecahkan sekatan maritim tersebut.

 

View Original Article