Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi

LocalTechnology
26 Nov 2024 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan Pintu Platform Automatik (PAGS) di Stesen Monorel KL Sentral dan Stesen Tun Sambanthan, Kuala Lumpur sudah beroperasi sepenuhnya.

Rapid Rail berkata, pemasangan PAGS diambil untuk meningkatkan keselamatan pengguna di platform, selain mengurangkan risiko kemalangan.

“Kemudahan ini juga diharap dapat memberikan keselesaan dan keyakinan kepada semua pengguna, termasuk dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah itu adalah sebahagian daripada projek penambahbaikan menyeluruh yang dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

image is not available

Projek penambahbaikan itu melibatkan pemasangan lif, naik taraf sistem kamera litar tertutup (CCTV), dan menaik taraf tandas di kesemua 11 stesen Monorel.

Untuk makluman, PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga (3) pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.

Dalam perkembangan sama, PAGS di empat stesen Monorel antara Maharajalela hingga Bukit Bintang dijangka beroperasi menjelang akhir bulan ini, manakala lima (5) lagi stesen akan siap sepenuhnya pada penghujung Disember 2024.