Pintu Sempadan Rafah Hanya Dibuka Selepas Semua Mayat Tebusan Israel Dipulangkan – Netanyahu

WorldPolitics
26 Jan 2026 • 5:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Serangan oleh rejim Zionis ke atas tanah suci Palestin masih belum dihentikan sepenuhnya walaupun pelan gencatan senjata telah dipersetujui oleh pihak Israel dan kumpulan pejuang Hamas sebelum ini.

Malah semalam (25 Januari), sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan oleh tentera Israel di Gaza.

Setakat ini, media melaporkan lebih 480 rakyat Palestin di Gaza telah terkorban sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada Oktober 2025.

Dalam tempoh dua tahun lalu sejak bermulanya genosid oleh rejim Israel pada Oktober 2023, sejumlah 71,657 rakyat Palestin terbunuh manakala 171,399 lagi tercedera.

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Untuk Malaysia Sokong Lembaga Keamanan Trump Jika Tiada Jaminan Untuk Gaza – PMX

Baca Artikel Berkaitan: Jurucakap Hamas, Abu Ubaidah Disahkan Syahid Dalam Serangan Udara Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Wartawan Palestin Popular Di Media Sosial, Saleh Aljafarawi Maut Ditembak Di Gaza [Video]

Lintasan Rafah Akan Dibuka Bagi Pejalan Kaki Selepas Semua Mayat Tebusan Israel Dipulangkan

Semalam (25 Januari), Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengumumkan bahawa lintasan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir akan ‘dibuka semula secara terhad’ setelah semua mayat tebusan rakyatnya ditemui dan dipulangkan.

Namun lintasan itu hanya akan dibuka semula untuk pejalan kaki, lapor Al Jazeera.

Pejabat Netanyahu berkata keputusan berkenaan “bergantung kepada kepulangan semua tahanan yang masih hidup dan usaha penuh pihak Hamas untuk mencari dan menyerahkan semua tebusan yang telah mati”.

Tambahnya lagi, akses lintasan Rafah yang dihadkan buat pejalan kaki itu tertakluk kepada mekanisme pemeriksaan penuh oleh Israel, walaupun pelan asal meminta lintasan itu agar dibuka sepenuhnya.

Sebagai info, lintasan Rafah sepatutnya dibuka pada Oktober 2025 ketika fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang dipelopori oleh Amerika Syarikat.

Hanya Seorang Mayat Tebusan Israel Belum Dipulangkan, Hamas Telah Serahkan Lokasi

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan bahawa kesemua mayat rakyat Israel yang menjadi tebusan telah dipulangkan kecuali tubuh tentera, Ran Gvili. Difahamkan keluarganya telah meminta kerajaan Israel agar tidak memasuki fasa 2 pelan gencatan senjata sebelum mayatnya dipulangkan.

Pihak tentera Israel berkata usaha pencarian sedang dilakukan di sebuah kawasan perkuburan yang terletak di utara Gaza berhampiran ‘garisan kuning’, yang menandakan kawasan yang dikawal oleh Israel.

Pun begitu, Hamas memaklumkan lokasi mayat askar Israel itu telah diserahkan dan bahawa kumpulan itu sudahpun “memenuhi semua tanggungjawabnya mengikut perjanjian gencatan senjata tersebut”.

“Kami komited sepenuhnya untuk menutup fail ini selama-lamanya dan tiada minat untuk menangguh lagi.

“Kami meminta pihak pengantara agar memegang tanggungjawab mereka dan mendesak Israel untuk menjalankan perkara yang telah dipersetujui,” kata jurucakap Briged Al-Qassam, dipetik Al Jazeera.

Pembukaan Lintasan Rafah Secara Terhad Akan Sebabkan Rakyat Palestin Diusir – Para Analisis

Mengulas pengumuman yang dibuat oleh Israel itu, para penganalisis membangkitkan kerisauan bahawa ia akan menyebabkan pengusiran rakyat Palestin dari Gaza, antara matlamat utama Israel setelah sekian lama.

“Ramai rakyat Palestin yang tersangkut di Mesir dalam tempoh masa dua tahun genosid oleh rejim Israel. Ramai atau sesetengah daripada mereka mahu pulang, mungkin untuk membantu membina semula negara itu atau bertemu ahli keluarga.

“Namun apa yang Israel mahukan adalah agar lebih ramai rakyat Palestin yang keluar dan tidak lagi kembali,” kata penulis buku The Palestine Laboratory, Anthony Lowenstein.

Malah beliau risau itulah matlamat sebenar Israel jika lintasan itu dibuka dan hanya dikawal oleh rejim tersebut.

Lintasan Hanya Untuk Pejalan Kaki Bermakna Bantuan Masih Tidak Dapat Masuk

Tambahnya lagi, lintasan yang hanya dibuka bagi pejalan kaki bermakna bantuan kemanusiaan yang tiba di Mesir masih tidak dapat dibawa masuk.

Sentimen ini turut dipersetujui oleh felo di University of Beirut, Rami Khouri, yang berpendapat pengumuman oleh Israel itu mencerminkan strateginya untuk mengawal setiap aspek kehidupan rakyat Palestin.

Dia turut menjelaskan walaupun tanggungjawab seperti yang tertakluk dalam perjanjian gencatan senjata telah dipenuhi oleh pihak Hamas, namun Israel pula bertindak sebaliknya.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sertai Himpunan Aman Di KL, Tuntut Hentikan Genosid & Kebuluran Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: “Gaza Milik Palestin”- Bekas PM Israel Tolak Cadangan AS Ambil Alih Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Trump Pindahkan Penduduk Gaza Adalah Satu Bentuk ‘Pembersihan Etnik’ – PBB