Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

18 Jul 2022 • 6:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PIPI Ainul Mardhiah Safiuddin semakin kelihatan sama. Ibunya, Nurul Erwani Zaidi bersyukur Ainul tidak perlu dibedah bagi memperbetulkan urat tisu.

Ainul Mardhiah yang bakal menginjak ke usia empat tahun 13 Ogos depan sebelum ini menghidap ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian negara.

Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 10 Jun 2019 selepas bertarung nyawa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan.

image is not available
Ainul Mardhiah di samping bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Kini, selepas tiga tahun, si kecil itu memperlihatkan proses pemulihan yang baik.

Ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, memuat naik gambar terbaru Ainul.

“Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul sudah sama, pipi dia sebelah kanan dan sebelah kirinya.

“Dulu waktu lepas pembedahan nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul.

“Jadi doktor letak dalam report untuk memperbetulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, sudah elok dengan sendirinya,” titip Nurul Erwani.

image is not available
Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri) manakala gambar kanan ialah yan terkini

Warga maya turut melafazkan kesyukuran atas perkembangan baik Ainul Mardhiah.

“Tubuh kanak-kanak memang selalunya terbentuk dan sembuh secara semula jadi. Alhamdulillah. Semoga Ainul membesar seperti kanak-kanak, makan minum dan bercakap. Insya-ALLAH.”

-“Alhamdulillah. Syukur. Keep strong Ainul.”

-“Ainul, semoga terus sembuh dan sihat hendak-NYA.”

-“Dah sama, Alhamdulillah.”

-“Alhamdulillah, semoga Ainul semakin sihat.”

Dalam hantaran lain, Ainul cergas dan gemar mencuba aktivti baru. Malah anak kecil itu semakin sihat dan ligat bermain bersama adiknya, Umar.

Sumber dan kredit foto: Instagram _nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article