“Pipi, Mata, Hidung Nampak Lain..” – Muka Berbeza, Fathia Latiff Didakwa Buat ‘Plastic Surgery’?

Entertainment
16 Nov 2022 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama mendiamkan diri dan tiada khabar berita ataupun kontroversi yang terpalit pada pelakon Fathia Latiff, nampaknya nama dia kembali menjadi bualan warganet.

Sebab dirinya menjadi bualan orang ramai adalah kerana foto yang dimuat naik oleh Fathia, baru-baru ini di laman media sosialnya.

Dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik itu, pelakon berkenaan berpakaian serba biru dari turban yang dipakai serta bajunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Bagaimanapun, bukan itu yang dipersoalkan oleh para netizen tetapi muka beliau yang kelihatan lain dari yang sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkata hidung serta matanya kelihatan sangat berbeza dari dahulu, malah ada bertanya sama ada Fathia melakukan pembedahan plastik ataupun tidak.

image is not available

Biarpun ramai mempersoalkan muka pelakon drama Ariana Rose itu kelihatan berbeza, ada juga netizen yang berkata muka dia kelihatan berbeza kerana disunting ataupun mengguna filter aplikasi dalam telefon.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

"Ariana Rose Kembali!" - 'Upload' Video Setelah Sekian Lama, Fathia Latiff Ubat Rasa Rindu Netizen