Piqué singgah ke Home of the Southern Tigers

LocalFootball
2 Sep 2025 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Mahkota Ismail (kanan) membawa Piqué meninjau fasiliti moden JDT. Foto Johor Southern Tigers

NAMA besar bola sepak dunia, Gerard Piqué menjadi tetamu istimewa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail apabila dibawa meninjau Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Dalam lawatan itu, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa Piqué meninjau fasiliti moden di Stadium Sultan Ibrahim.

Piqué yang bersara daripada skuad kebangsaan Sepanyol selepas Piala Dunia 2018 turut singgah ke Arena Larkin sebelum mengunjungi Home of the Southern Tigers.

Kunjungan bekas kapten Barcelona itu yang juga pemenang Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 membuka ruang perbincangan mengenai potensi penganjuran perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, kedua-dua pihak turut meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai aspek bola sepak demi memperkukuh pembangunan sukan berkenaan di Johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved