Pisau Cukur Razer Akhirnya Menjadi Realiti Selepas Bertahun Menjadi Bahan Jenaka

TechnologyDigital
24 Aug 2023 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Razer Edge dilancarkan sebagai konsol mudah alih pertama mereka. Ia menjadi bahan jenaka kerana ia hampir sama dengan terma “razor’s edge” untuk pisau cukur. Sebenarnya sejak dari dahulu lagi peminat Razer memohon supaya Razer menghasilkan pisau cukur untuk mereka. Minggu ini jenaka menjadi realiti dengan pelancaran pisau cukur GilletteLabs Razer Limited Edition.

image is not available

Pisau cukur untuk gamer ini menggunakan warna ikonik Razer iaitu hitam dan hijau. Prestasi pisau cukur ini tidak perlu dipandang rendah kerana Razer bekerjasama dengan pengeluar pisau cukur ternama Gilette.

Berdasarkan gambar setiap pisau cukur hadir dengan lima pisau pemotong bagi melakukan pemotongan yang lebih efektif. Ia boleh disimpan pada dermaga khas dengan magnet. Tubuh pisau cukur diperbuat daripada bahan tahan karat dengan jaminan seumur hidup.

Pada waktu ini masih belum diketahui apakah harga dan bilakah ia akan dijual. Di laman Gilette mereka yang berminat boleh mendaftar sekarang untuk membelinya kelak.