Pitstop Ke-250 Bateriku Bukti Pengaruh Besar Dalam Industri Automotif Tempatan

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2026 • 1:26 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Pitstop Ke-250 Bateriku Bukti Pengaruh Besar Dalam Industri Automotif Tempatan
L-R : Syed Faiz (Chief Business Officer, Bateriku), YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Deputy Minister KPDN Malaysia, Mikhail Faizi (Head of Marketing, Bateriku)

Bateriku (M) Sdn. Bhd. terus mengukuhkan pengaruhnya dalam industri automotif tempatan menerusi pembukaan Pitstop ke-250 di Presint 15, Putrajaya. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan pesat syarikat, malah mengesahkan kedudukannya sebagai rangkaian perkhidmatan bateri terbesar di Malaysia.

Image from: Pitstop Ke-250 Bateriku Bukti Pengaruh Besar Dalam Industri Automotif Tempatan
L-R : Syed Faiz (Chief Business Officer, Bateriku), YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Deputy Minister KPDN Malaysia, Mikhail Faizi (Head of Marketing, Bateriku)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ketika ini, Bateriku menghampiri 300 rangkaian Pitstop di seluruh negara yang berfungsi sebagai pusat jualan, servis serta sokongan pelanggan dalam ekosistem automotif selepas jualan.

Lokasi baharu di Presint 15 ini dipilih secara strategik kerana kedudukannya sebagai pusat perniagaan utama yang merangkumi kawasan Putrajaya dan Bangi dengan anggaran capaian populasi sekitar 250,000 penduduk. Pembukaan ini secara langsung memperluaskan lagi liputan servis Bateriku selain menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.

Seiring dengan perkembangan semasa, Pitstop ini turut menampilkan pendekatan operasi moden dengan pelbagai pilihan pembayaran termasuk tunai, QR, kad serta skim “Buy Now Pay Later” (BNPL) melalui Atome. Satu langkah ke hadapan dalam memudahkan akses servis automotif kepada pengguna.

Dalam usaha memperkukuh industri, Bateriku turut mencadangkan kerjasama strategik bersama KPDN yang merangkumi sistem penarafan dan pensijilan bengkel, pendigitalan ekosistem melalui platform data bersepadu serta pembangunan dashboard pemantauan aduan bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan pengguna.

Selain itu, syarikat ini juga aktif dalam pembangunan bakat dan keusahawanan serta menyokong inisiatif ekonomi kitaran melalui pengurusan bateri terpakai yang mematuhi garis panduan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pendekatan ini selari dengan keperluan industri automotif moden yang semakin menitikberatkan aspek kelestarian dan pematuhan piawaian seperti SIRIM.

Dengan pembukaan Pitstop ke-250 ini, Bateriku bukan sahaja memperluaskan rangkaian fizikalnya, malah memperkukuhkan peranan sebagai pemain utama dalam membentuk masa depan industri servis automotif selepas jualan di Malaysia.

The post Pitstop Ke-250 Bateriku Bukti Pengaruh Besar Dalam Industri Automotif Tempatan appeared first on TW Media.

View Original Article