Pizza Hut, Genshin Impact ajak peminat sertai pengembaraan lazat dengan pengalaman makanan dan permainan epik

28 Jun 2023 • 3:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pizza Hut, Genshin Impact ajak peminat sertai pengembaraan lazat dengan pengalaman makanan dan permainan epik

diyana

28/06/2023 - 15:01

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pizza Hut Malaysia dan Genshin Impact berganding dalam kempen baharu Pizza Hut Melts dengan slogan rasmi A Tasty Adventure with Pizza Hut, menawarkan barangan eksklusif peminat, reka bentuk kedai yang menawan dan ganjaran dalam permainan.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata dalam satu kenyataan media hari ini bahawa, pengenalan Pizza Hut Melts adalah peluang terbaik untuk merapatkan permainan dan makanan memandangkan ia adalah makanan dalam bungkusan rangup, sempurna untuk dinikmati ketika bermain.

Menurut Pizza Hut, kerjasama menarik dengan permainan mudah alih itu akan berlangsung selama enam minggu menerusi tiga fasa bermula 5 Julai sehingga 15 Ogos 2023.

image is not available

“Kempen Pizza Hut x Genshin Impact akan berlangsung dalam tiga fasa, setiap satu menawarkan barangan Genshin Impact yang unik, digandingkan dengan set hidangan Melts yang baru dilancarkan,” katanya.

Bagi fasa pertama yang berlangsung dari 5 Julai hingga 18 Julai, peminat dapat mengumpul barangan edisi terhad yang menampilkan watak Ningguang.

Fasa kedua, bermula dari 19 Julai hingga 1 Ogos, akan mempamerkan barangan berkisarkan watak Yelan dan akhirnya, dari 2 Ogos hingga 15 Ogos, menampilkan watak Xiangling.

Set kombo kolaborasi MyBox Melts akan didatangkan dalam Set Makanan Standard berharga RM 27.90 yang mengandungi kad foto dan pek pelekat, manakala Set Makanan Premium berharga RM 47.90 yang mengandungi kad foto, pek pelekat dan buku nota.

Pizza Hut berkata ia turut akan mengubah tiga cawangan utamanya menjadi syurga yang mempesonakan peminat Genshin Impact dengan watak dan pemandangan menawan, memberikan latar belakang yang sempurna untuk peminat menikmati permainan dan hidangan lazat.

image is not available

Di samping itu, acara eksklusif untuk peminat akan dihoskan di cawangan utama ini bermula dengan Pizza Hut Sunway Pyramid pada 8 Julai, diikuti oleh Pizza Hut Queensbay Mall di Pulau Pinang (15 Julai) dan akhirnya di Pizza Hut Midvalley Southkey, Johor Bahru (22 Julai).

Tiket ke acara itu berharga RM60, termasuk Set Makanan Premium MyBox Melts Genshin Impact bernilai RM47.90, barangan edisi terhad, minuman berinspirasikan permainan itu dan peluang bertemu dan bersalaman dengan cosplayer, serta berpeluang menyertai aktiviti untuk memenangi hadiah eksklusif.

Tiket masuk boleh dibeli mulai 30 Jun di nombor WhatsApp Pizza Hut iaitu 016-7552525

Kedua-dua jenama itu mula bekerjasama pada tahun 2022, di mana kempen oleh Pizza Hut China mendapat sambutan yang sangat baik, diikuti kempen di Taiwan dan Jepun. - DagangNews.com

View Original Article