Pizza Stone Baked Di Sarawak, Anda Perlu Cuba Menu Lazat Ini Di Rossello Pizza

10 Jun 2023 • 4:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pizza enak untuk anda cuba.

Pizza Stone Baked Di Sarawak, Anda Perlu Cuba Menu Lazat Ini Di Rossello Pizza. Buat penggemar pizza di luar sana, anda perlu cuba keenakan menu lazat ini di Rossello Stone Baked Pizza.

Menyediakan pizza segar dimasak menggunakan kaedah stone baked, pizza di sini mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.

image is not available
Pizza Stone Baked Di Sarawak, Anda Perlu Cuba Menu Lazat Ini Di Rossello Pizza. Sumber foto: FB Rossello

image is not available
Sumber foto: FB Rossello

Menu pizza yang anda perlu cuba di sini

Antara menu pizza istimewa yang anda boleh cuba di sini adalah Lamb Pizza, Chicken Supreme, Beef Mushroom, Pizza Yaki, Beef Pepperoni dan banyak lagi. Jika anda ingin manambah keju ekstra di atas pizza anda, anda boleh memilih single cheese atau doble cheese!

Untuk harganya pula, Rossello menawarkan pizza lazat dengan harga yang amat berpatutan.

image is not available
Sumber foto: FB Rossello

image is not available
Sumber foto: FB Rossello

Ada tiga cawangan di Serian, Gedong dan Kota Samarahan

Sudah mempunyai 3 cawangan di Sarawak iaitu di Serian, Gedong dan juga Kota Samarahan, Rossello Pizza ini sudah pun menampa namanya di kalangan penduduk lokal kerana kelazatannya.

Untuk cawangan Rossello Pizza di Serian, mereka turut menyediakan pelbagai menu menarik lain seperti pelbagai jenis burger enak, Grilled Chicken Chop, Fish and Chips dan banyak lagi.

Beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, Rossello Pizza menyediakan pelbagai makanan enak untuk anda. Jom singgah di Rossello Pizza!

Lagi tempat makan menarik untuk anda di sini: