PJBumi kuasai 100% kepentingan Rig Capital Pte Ltd dari Singapura bernilai lebih RM20,000

LocalBusiness & Finance
8 Jan 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PJBumi kuasai 100% kepentingan Rig Capital Pte Ltd dari Singapura bernilai lebih RM20,000 image is not available amree08/01/2026 - 18:00 Oleh Amree Ahmad amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 JanPJBumi Berhad memperoleh keseluruhan ekuiti Rig Capital Pte Ltd, sebuah syarikat berdaftar di Singapura daripada Ku Yeun Shyun dengan nilai S$6,500 (kira-kira RM20,564).


Kumpulan kejuruteraan berat sektor minyak dan gas (O&G) tersebut berkata, perolehan itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, PJBumi Heavy Engineering & Services Sdn Bhd (PJBUMIHES).


Tambahnya, subsidiari berkenaan memeterai perjanjian jual beli saham pada 7 Januari 2026, untuk 
menguasai 100% ekuiti Rig Capital, yang berstatus syarikat tidak aktif sejak sekian lama.


"Ia akan menjadi anak syarikat tujuan khas secara tidak langsung milik penuh PJBumi, untuk memudahkan pengumpulan dana di Singapura," kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Rig Capital jelasnya, akan terlibat dalam aktiviti perniagaan O&G, dan pengambilalihan ini dijangka selesai pada 13 Januari 2026, setelah pelaksanaan instrumen pemindahan saham dilakukan.


Menurut PJBumi, pemerolehan itu tidak memerlukan kelulusan pemegang saham atau pihak berkuasa, dan dijangka tidak memberi kesan material kepada pendapatan sesaham, dan aset bersih per saham.


Selain itu katanya, langkah berkenaan disifatkan sebagai tidak akan menjejaskan tahap gear, atau pegangan pemegang saham utama bagi tempoh kewangan berikutnya yang berakhir pada 30 Jun 2026.


"Lembaga Pengarah PJBumi menegaskan yang transaksi ini disifatkan adalah adil dan wajar serta masih lagi selaras dengan segala kepentingan syarikat dan para pemegang sahamnya," katanya.


Pada masa sama, ia mengesahkan tiada sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung daripada pengarah atau pemegang saham utama untuk transaksi berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved