PJR sedia barang keperluan Ramadan lebih murah: Armizan

12 Mar 2024 • 10:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Rakyat Malaysia masih boleh membeli barangan keperluan sepanjang Ramadan dengan harga lebih murah menerusi pelancaran Program Jualan Rahmah (PJR) yang akan datang di 450 lokasi di negara ini pada 1 Ramadan.

Mengumumkan demikian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya mengambil inisiatif memperluaskan program baharu di bawah agenda Payung Rahmah Madani dengan mengekalkan kadar diskaun bagi harga barangan antara 10 dan 30 peratus.

Beliau berkata pelaksanaan PJR Ramadan membabitkan sebanyak 450 lokasi mengikut jadual di seluruh negara.

“Selain jualan barangan keperluan kering seperti biasa, PJR Ramadan akan membabitkan jualan barangan keperluan basah harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai makanan laut, selain beras dan telur ayam.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “PJR Ramadan juga akan membekalkan barangan keperluan untuk membuat biskut raya dan kek seperti tepung, dan gula untuk rakyat Malaysia membuat persiapan.

“Pembekalan produk yang terlibat dalam jualan murah ini turut membabitkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian selepas melancarkan PJR Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini pada Ahad.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada Pengerusi Masjid Kem PGA Kinarut sempena bulan Ramadan akan datang.

Turut hadir Adun Kawang merangkap Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Komander PGA Sabah ACP Abdul Rani bin Alias, Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad Abdullah dan pegawai kanan lain.

Armizan berkata usaha murni yang dijalankan kementeriannya (KPDN) bersama pihak berkepentingan ini merupakan antara inisiatif di bawah kerajaan Madani untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat membeli keperluan asas pada harga lebih murah terutama pada bulan Ramadan.

“Kami berharap orang ramai melayari dan menyemak jadual 450 siri lokasi PJR Ramadan menerusi pautan laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah untuk mengetahui lokasi program ini.

“Pelancaran PJR Ramadan akan diadakan di Putrajaya pada hari pertama Ramadan.

“Melalui PJR Ramadan ini, kami berharap program ini dapat membantu terutamanya golongan sasar untuk membeli bekalan makanan basah dan kering yang murah termasuk membuat persiapan kuih raya,” katanya.

Daripada 450 siri PJR Ramadan, Armizan berkata 50 siri akan diadakan di Sabah yang mempunyai 25 kerusi parlimen di mana setiap Parlimen akan mengadakan dua PJR Ramadan.

Semasa Ramadan akan datang, beliau berkata KPDN melaksanakan dua program utama – PJR Ramadan dan juga bazar Ramadan yang akan diumumkan dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPDN serta mendedahkan kandungan program tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.