PKB menang Anugerah Koperasi IPT Terbaik

1 Jul 2022 • 10:32 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Politeknik Kota Bharu (PKB) memenangi Anugerah Koperasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terbaik pada Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan PKB menerima hadiah RM2,000 dan sijil penghargaan.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya kepada Pengarah PKB, Rosli Idris yang mewakili Koperasi Politeknik Kota Bharu Sdn Bhd.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Saiful Adli Abu Bakar dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Zainudin Mohamed.

Rosli berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada kecekapan warga koperasi itu sendiri sekali gus menunjukkan Koperasi PKB diurus dengan cekap dan teratur.

image is not available

“Ini kerana antara penilaian yang dinilai adalah berdasarkan kepada pengurusan dan pengendalian akaun koperasi yang baik serta dalam masa yang sama mendidik para pelajar PKB dalam bidang keusahawanan dan koperasi,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Koperasi PKB, Juli Suzlin Mohd Jalalusin menyifatkan kejayaan ini adalah sumbangan semua warga PKB iaitu bermula dengan sokongan yang padu daripada pengurusan tertinggi, kakitangan dan juga pelajar.

“Penglibatan pelajar-pelajar melalui program-program keusahawanan juga secara tidak langsung memberikan impak kepada pelaksanaan pengurusan koperasi ini untuk berjalan dengan baik selain pengurusan koperasi yang cekap,” ujarnya.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok