PENAMPANG: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) di DUN Moyog yang baru diumumkan, Mckery Victor Ninin (gambar), akan memberi fokus untuk menyelesaikan empat isu mendesak yang sudah lama menghantui penduduk Penampang.
Katanya, kepercayaan dengan memilihnya sebagai calon oleh kepimpinan PKDM itu akan digalas dengan penuh dedikasi dan dengan integriti yang tinggi demi menjunjung manifesto parti yang adil dan saksama.
“Mandat ini saya pandang sebagai tanggungjawab dan amanah besar untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada masyarakat Moyog,” katanya kepada Harian Ekspres.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKDM Datuk Wetrom Bahanda mengumumkan tiga calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Mckery Victor, yang juga Ketua Penyelaras PKDM Moyog, diumumkan sebagai calon Moyog. Dua lagi adalah Naib presiden PKDM yang juga bekas Profesor Madya UMS Dr Gaim James Lunkapis (Tamparuli) dan Ketua Bahagian PKDM Kota Belud Datuk Almudin Kaida (Pintasan).
Mckery, seorang jurutera dan seorang profesional yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan, infrastruktur dan hartanah lebih 20 tahun akan menggunakan kepakarannya untuk menyelesaikan masalah banjir, kesihatan, jalan raya dan pembangunan komuniti di Moyog.
“Sebagai calon PKDM, fokus utama saya di Moyog adalah memperbaiki kualiti kehidupan rakyat setempat dengan menyelesaikan infrastruktur dan kemudahan asas. Banyak kawasan di Penampang terdedah kepada banjir.
“Saya mahu pastikan sistem saliran dan sungai dikemaskini bagi mengurangkan risiko banjir. Isu kesihatan dan kapasiti klinik juga adalah antara isu utama di sini. Klinik Kesihatan sentiasa sesak dan memerlukan fasiliti cukup seperti parkir kereta,” katanya.
Menurut Mckery, jalan raya Penampang selalu sesak bukan sahaja di bandar Donggongon tetapi turut dihadapi di kampung-kampung seperti Kolopis.
Beliau juga mahu memastikan belia mempunyai peluang untuk terlibat dalam ekonomi, pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan.
Berasal dari Kampung Kolopis, kira-kira empat kilometer dari Donggongon, ini adalah pencalonan pertama Mckery.
Moyog merupakan “kerusi panas” di mana pengundi tidak segan silu mencantas sesiapa sahaja calon atau pemenang yang dilihat tidak menjalankan kerja mereka. Mckery akur dengan situasi itu dan berjanji akan melakukan yang terbaik.
Beliau yakin pengundi di daerah ini kini dapat melihat siapa yang dapat membela nasib mereka memandangkan PKDM semakin mendapat sokongan daripada mereka yang mahukan perubahan.
Parti KDM secara rasmi menubuhkan Bahagian Moyog pada September 2024 dan Mckery dilantik sebagai Ketua Penyelaras Bahagian. Penubuhan itu dirasmikan oleh Presiden Datuk Peter Anthony ketika itu.
Sejak penubuhan, Mckery aktif mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti komuniti. Dalam masa setahun, banyak cawangan PKDM dibuka di kampung-kampung di Moyog.
Wetrom, ketika pengumuman calon itu, yakin tiga calon itu akan meraih kejayaan dalam PRN.
“Calon-calon yang kita ketengahkan daripada kombinasi golongan profesional, pemimpin muda dan berpengalaman. Jika ‘ngam timing’ KDM akan menjadi tulang belakang kerajaan negeri yang bakal dibentuk.
“Ini boleh dicapai jika rakyat, khususnya penyokong KDM bersatu. Sudah tiba masa rakyat Sabah bangkit untuk melakukan perubahan demi kebaikan dan masa depan yang cerah pada masa depan,” katanya.
Beliau turut menegaskan, PKDM yang bertanding secara solo akan memastikan parti tempatan itu berada dalam blok kerajaan Sabah selepas PRN.