TAWAU: Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga seorang lelaki warga emas berusia 53 tahun dikenali sebagai Gelbert Lubaton (gambar) digesa menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Bahagian Tawau.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, PKM Bahagian Tawau sedang mengesan waris orang papa itu yang sebelum ini pernah menetap di Kg Tinagat, dekat sini.
Gelbert yang berketurunan India dan beragama Kristian ketika ini berada di Institusi Desa Bina Diri Kota Kinabalu.
“Usaha ini adalah seiring dengan langkah jabatan untuk mengembalikan orang papa kepada waris atau keluarga dan hidup semula dalam komuniti seperti masyarakat lain,” kata kenyataan itu.
Waris atau keluarga Gelbert ataupun orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh menghubungi PKM Bahagian Tawau di talian 089-715346 atau 089-713143.
Mereka juga boleh datang terus ke pejabat di TB 14459, Lot A 10-3, Tingkat 1, KM 3 Jalan Air Panas, 91000 Tawau.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
