PKNPk buka tawaran kendalikan semula Kompleks Perniagaan Megoplex dan rumah tradisional di Meru Raya

Business & Finance
20 Feb 2024 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PKNPk buka tawaran kendalikan semula Kompleks Perniagaan Megoplex dan rumah tradisional di Meru Raya

zakisalleh

20/02/2024 - 15:50

IPOH 20 Feb - Mercu tanda peniaga kecil bumiputera yang pernah menjadi kebanggaan suatu ketika dahulu, Kompleks Perniagaan Megoplex (Megoplex) di Jalan Raja Dr Nazrin mungkin bakal beroperasi kembali.

Ini berikutan tawaran mengemukakan cadangan (RFP) mengoperasikan kompleks itu yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kepada syarikat berkelayakan.

Tawaran itu dibuka kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

RFP tersebut terbuka kepada syarikat -syarikat tempatan Malaysia.

Syarikat yang berminat boleh mengemukakan RFP itu selewat-lewatnya 18 Mac ini.

image is not available
Megoplex pernah menjadi mercu tanda peniaga bumiputera di Ipoh.

Megoplex merupakan penempatan bangunan majoriti peniaga bumiputera yang mula beroperasi pada tahun 1998.

Selain menempatkan lebih 200 peniaga, penyewa utama Megoplex pada masa itu ialah Pasaraya Billion.

Bagaimana pun, pengunjung ke Megoplex mula berkurangan apabila Pasaraya Billion menutup operasi pada tahun 2016.

Sebahagian peniaga mendapat surat tawaran bagi menjalankan perniagaan di lokasi baharu di Kompleks Silveritage Galleria di Medan Gopeng di sini

image is not available
Rumah tradisional Melayu di Bandar Meru Raya semasa beroperasi sebagai restoran.

image is not available

Sementara itu, PKNPk turut membuka tawaran RSP bagi mengoperasikan semula Rumah Tradisional Melayu di Persiaran Meru Raya dekat Bandar Meru Raya.

Syarat kelayakan tawaran juga sama dan permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 18 Mac ini.

Tiga buah rumah tradisional bersebelahan Bulatan Sultan Azlan Shah ini dahulunya beroperasi sebagai sebuah restoran milik PKNPk yang dikendalikan anak syarikatnya, PCB Leisure Sdn. Bhd.

Pada tahun 2020 ia menghentikan operasi dipercayai kesan daripada pandemik Covid-19 dan terbiar sehingga kini. - DagangNews.com

View Original Article