PKPB cadang gaji minimum bagi belia lepasan latihan TVET

9 Jan 2023 • 7:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) berharap kerajaan dapat menetapkan gaji minimum untuk belia yang memegang kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan kemahiran.

Setiausaha Agungnya Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan hari ini berpandangan gaji minimum atau gaji pokok permulaan yang sesuai bagi belia lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga dua adalah sebanyak RM1,800 manakala RM2,000 bagi lepasan SKM tahap tiga.

Beliau berkata lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat pula boleh ditetapkan pada RM2,300 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap empat (RM2,800).

Menurutnya kebanyakan majikan ketika ini menawarkan gaji untuk pemegang SKM tahap satu hingga tiga antara RM1,500 hingga RM1,700, DKM tahap empat (RM1,800 hingga RM1,900) dan RM2,000 bagi DLKM.

“Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini kerana mereka ini menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan bersama pihak majikan dan industri,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved