PKR bukan ahli Liberal International

Politics
3 Nov 2023 • 12:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tidak pernah menjadi ahli pertubuhan gabungan parti-parti Liberal International, tegas Ketua Penerangannya, Fahmi Fadhil.

Menurut Fahmi, kebelakangan ini terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti itu dengan Liberal International.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International,’’ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tegasnya, PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin. - 3 November, 2023

The post PKR bukan ahli Liberal International appeared first on Scoop.