PKR Kelantan sokong Nurul Izzah bukan sebab anak Anwar Ibrahim

LocalPolitics
8 May 2025 • 10:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan memberikan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah merupakan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam jawatan Timbalan Presiden pemilihan parti pada 24 Mei ini.

PKR Kelantan sokong Nurul Izzah

image is not available

Foto: Majoriti

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor memaklumkan, sokongan itu dicapai setelah mendapat persetujuan sebulat suara bersama 13 daripada 14 ketua cabang di negeri tersebut.

“Kehadiran Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden adalah tepat pada masanya untuk memperkukuhkan parti, lebih-lebih lagi ketika PKR menjadi tunjang kepada Kerajaan Perpaduan hari ini,” kata Suparadi pada Rabu.

Beliau juga tidak menafikan pengalaman wanita tersebut dalam kancah politik selama lebih 25 tahun merupakan calon pilihan paling tempata dalam membantu PKR mendepani cabaran politik dengan lebih baik.

image is not available

Foto: New Straits Times

Ketua Cabang Tanah Merah itu turut menolak dakwaan menyatakan bahawa pencalonan Nurul Izzah bersifat nepotisme atau bersandarkan hubungan kekeluargaan.

“Kita tidak melihat beliau sebagai anak kepada Presiden, sebaliknya menilai keupayaan dan pemikiran beliau yang terserlah dalam perjuangan parti sejak sekian lama,” ujarnya.

Untuk rekod, Ketua Cabang yang memberikan sokongan secara terbuka kepada pencalonan Nurul Izzah ialah Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Ketereh, Pasir Puteh, Machang, Kubang Kerian, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)