PKR sedia hadapi PRU15 seawal Oktober: Anwar

Politics
27 Aug 2022 • 7:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: PKR sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seawal Oktober ini dengan gerak kerja yang dijangka selesai akhir September depan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) berkata PKR di bawah Pengarah Pilihan Raya Rafizi Ramli dilihat strateginya jauh berbeza dan yang akan dijelaskan kepada ahli parti itu dalam masa terdekat.

“Kami akui beberapa kelemahan susulan kekalahan Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor. (Oleh itu) kami merangka strategi dan melihat suasana sekarang berbeza. Kami akui sebahagian besarnya terpalit dengan 22 bulan pemerintahan kerajaan PH yang ada kelemahan dan sumbangannya,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media sempena Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 di sini hari ini, Anwar berkata parti itu akan bersama dengan PH bagi menghadapi PRU15 di bawah satu logo dengan beberapa penyesuaian. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved