PKR: Tangani segera masalah air di Matunggong

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

KUDAT: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu Sazalye Donol (gambar) menggesa pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang berpanjangan di beberapa kampung sekitar Matunggong, di sini.

Beliau berkata beberapa kampung telah mengalami gangguan dan kekurangan bekalan air paip sejak hampir dua minggu lalu, mengakibatkan penduduk terpaksa berdepan kesulitan menjalani urusan harian.

Menurutnya, isu itu telah menghantui penduduk sejak sekian lama namun hingga kini belum ada penyelesaian menyeluruh pihak berkaitan yang dapat memberikan kelegaan kepada masyarakat di kawasan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Masalah ini bukan baharu. Ia telah berulang kali berlaku dan sehingga kini belum ada penyelesaian tuntas hingga penduduk terpaksa menanggung beban akibat kelemahan sistem bekalan air ini.

“Lebih membimbangkan, air yang dibekalkan, keruh serta tidak sesuai digunakan penduduk terlibat untuk keperluan harian,” katanya dalam kenyataan, di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Sazalye mendesak pihak-pihak berkaitan termasuk Jabatan Air Matunggong dan Kudat mengemukakan penjelasan rasmi punca gangguan bekalan air itu.

Beliau yang juga Setiausaha PKR Sabah berkata satu langkah segera dan proaktif oleh agensi berkaitan diperlukan bagi mengatasinya, termasuk menyediakan bekalan air alternatif seperti lori tangki secara berkala.

Pada masa sama katanya, satu mekanisme pelan jangka panjang harus dirangka bagi menjamin kelestarian bekalan air bersih kepada seluruh penduduk kerana air adalah keperluan asas yang tidak boleh dipandang ringan.

“Ini bukan isu politik. Ini soal keperluan asas rakyat. Kami mahu jaminan, bukan sekadar janji dan satu penyelesaian segera diperlukan demi kesejahteraan rakyat,” tegasnya.