PKR tumpu lapan kerusi berpotensi menang dalam PRN Johor

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from:  PKR tumpu lapan kerusi berpotensi menang dalam PRN Johor
Lih Kang (kanan) bersama Arthur (kiri) melancarkan Manifesto DUN Bukit Batu pada Jumaat.

KULAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi tumpuan utama terhadap lapan daripada 20 kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Antaranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Bukit Naning, Pemanis, Senggarang, Bukit Batu, Tenggaroh, Kempas dan Puteri Wangsa.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, kerusi berkenaan disifatkan mempunyai potensi besar untuk dimenangi.

Selain itu katanya, PKR berusaha menawan seberapa banyak kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan negeri bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan (PH).

"Salah satu kerusi yang kita mahu pertahankan adalah di DUN Bukit Batu dan pada masa sama kita mahu tambah jumlah kerusi di DUN lain.

"PKR di kerusi yang ditandingi menawarkan calon yang lebih baik daripada parti lain. Selain itu apa yang penting adalah melibatkan politik nasional," katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas melancarkan Manifesto Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini pada Jumaat.

Turut hadir, calon PH untuk DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Lih Kang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berharap kerajaan negeri yang dipilih nanti terdiri daripada wakil pelbagai kaum dan agama sama seperti yang dipraktikkan di peringkat kerajaan Pusat.

Katanya, kerajaan negeri perlu menepati komposisi masyarakat majmuk di negeri ini yang diketuai pemimpin Melayu.

Pada PRN Johor yang lalu, Arthur menang dengan majoriti tipis iaitu 137 undi selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved