PKR Umum 22 Pengarah, Pengerusi MPP Untuk PRU-15

Politics
25 Aug 2022 • 9:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil - Gambar fail

KUALA LUMPUR - PKR hari ini mengumumkan senarai Pengarah dan Pengerusi Biro Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik parti, malam semalam.

“PKR mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang dilantik. Semoga dengan pelantikan kepimpinan ini, gerak kerja parti dalam memperjuang nasib serta mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Antara nama dalam senarai tersebut adalah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilantik Pengerusi Biro Antarabangsa dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (Pengerusi Biro Institut Latihan).

KENYATAAN MEDIA 25 Ogos 2022 PELANTIKAN PENGARAH DAN PENGERUSI BIRO MPP Bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan parti...

Posted by Fahmi Fadzil on Thursday, August 25, 2022

Mantan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye pula dilantik Pengerusi Biro Kesihatan, sementara Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah sebagai Pengerusi Biro Guaman.

Berikut adalah senarai penuh Pengarah dan Pengerusi Biro MPP yang baharu dilantik.

Pengarah Modal Insan: Syed Ibrahim Syed Noh

Timbalan: Simon Ooi Tze Min

Pengarah Latihan: Nur Azrina Surip

Timbalan: Ismail Yusop

Pengarah Karyawan: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan: Gerald Hans Isaac

Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan: Siti Aishah Shaik Ismail

Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama: Amidi Abd Manan

Pengarah Mobilisasi: Yahya Sahri

Pengarah Jaringan Industri: Hee Loy Sian

Pengarah Sukarelawan: Fahmi Zainol

Pengarah Kesedaran dan Perubahan Iklim: Elizabeth Wong

Pengerusi Biro Antarabangsa: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengerusi Biro Institut Latihan: Fuziah Salleh

Pengerusi Biro Kesihatan: Dr Lee Boon Chye

Pengerusi Biro Guaman: Sivarasa Rasiah

Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani

Pengerusi Biro Petani: Dr Azman Ismail

Timbalan: Dr Mohd Khairil Mohd Razi

Pengerusi Biro Orang Kurang Upaya (OKU): Isaiah Jacob

Pengerusi Biro Orang Asli: Bob Manolan

Pengerusi Biro Pekerja Ladang: Gunaraj George. - Getaran, 25 Ogos 2022