PKR umum enam calon tokoh pelbagai bidang bertanding PRU15

Politics
26 Oct 2022 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (dua dari kiri) berucap ketika sidang media pengumuman calon Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) di sini pada Rabu.

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan enam calon baharu daripada pelbagai bidang disiplin dan pengalaman untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara calon tersebut ialah ilmuwan agama, Nik Omar Nik Abdul aziz; bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha; dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman.

Selain itu katanya, turut dicalonkan bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi di Universiti Malaya (UM), Dr Nur Aisyah Abdul Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop.

PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan beberapa tokoh istimewa yang mempunyai kemahiran dan keterampilan tertentu untuk kita persembahkan kepada rakyat dan menunjukkan seriusnya kita untuk menampilkan tokoh-tokoh yang berwibawa.

"Kita bukan sahaja pertahankan aktivis parti tetapi memberi ruang kepada yang lain untuk memberi sumbangan kepada rakyat dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pengumuman calon PRU15 di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL