PKS yang menguasai teknologi AI dijangka jadi penyumbang separuh KDNK menjelang 2030 - Xero Asia

LocalTechnology
9 Feb 2026 • 12:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PKS yang menguasai teknologi AI dijangka jadi penyumbang separuh KDNK menjelang 2030 - Xero Asia image is not available liza09/02/2026 - 12:55 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Feb – Malaysia dijangka menyaksikan kebangkitan perniagaan kecil dan sederhana pintar (Intelligent SME) menjelang 2026, apabila PKS memanfaatkan teknologi untuk menjadi lebih produktif, tangkas dan berdaya saing.

 

Pengarah Urusan Xero Asia, Koren Wines berkata negara mempunyai kurang daripada lima tahun untuk mencapai salah satu matlamat paling  penting iaitu menjadikan PKS sebagai penyumbang separuh daripada KDNK (GDP) menjelang 2030.

 

“Dalam era ini, PKS di Malaysia dijangka memfokuskan pada tiga aspek utama. Pertama, penggunaan elektronik (e-invoicing) yang membolehkan pemilik perniagaan mengurus aliran tunai dengan lebih tepat dan membuat keputusan kewangan berdasarkan data semasa. 

 

“Kedua, kebijaksanaan manusia (human ingenuity) menjadi kelebihan bersaing dalam dunia yang dipenuhi kecerdasan buatan (AI), di mana teknologi digunakan secara strategik untuk menyelesaikan masalah sebenar.

 

“Ketiga, keselamatan siber yang dibina terus dalam perisian, menggantikan pendekatan “buat sendiri (DIY)” bagi memastikan perlindungan berterusan dan mengekalkan kepercayaan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambahnya, perubahan itu adalah lonjakan transformasi SME dari dalam, bukan sekadar pertumbuhan luaran.

 

Beliau berkata perniagaan yang berjaya adalah mereka yang mampu menggabungkan teknologi, manusia dan keselamatan untuk mendorong pertumbuhan sebenar.

 

Dengan langkah ini, PKS Malaysia dijangka lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi, mengukuhkan asas perniagaan dan terus relevan dalam pasaran tempatan dan global. - DagangNews.com

Terkini standard