
Planet Musytari dijangka akan berada dalam keadaan serta kedudukan paling dekat dan jelas dengan Bumi pada malam ini.
Menerusi video Tiktok milik akaun @spacedollah, dia menjelaskan bahawa planet terbesar dalam sistem suria itu akan bertentangan dengan Matahari sepanjang malam ini.
Difahamkan kejadian itu akan membuatkan planet Musytari terlihat terang dan jelas ekoran berada dekat dengan Matahari.
Tambahnya, planet Musytari akan menjadi planet iluminasi kedua paling terang selain bulan.
Menurut Spacedollah, sekiranya orang ramai melihat planet Musytari menggunakan teropong dan teleskop maka mereka akan dapat melihat jalurnya serta bulan-bulan yang berada di sekeliling planet itu.
Jelasnya, peluang ini hanya datang sekali dan sekiranya terlepas, maka orang ramai perlu tunggu sehingga tahun 2129 untuk melihat planet Musytari dalam jarak dekat sekali lagi.
Untuk penjelasan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Spacedollah menerusi videonya di bawah ini.
@spacedollah Emergency update! Esok malam korang akan nampak planet Jupiter / Musytari dekat langit! Siapkan diri dengan handphone/binocular & telescope masing-masing! 26 SEP 2022!
#jupiter #musytari #astrology #sistemsuria #space #aliens #makhlukastral #makhlukasing #rocket #alamsemesta #matahari #bulan #malaysia #bintang #fy #fyp #fypシ #fypage

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa planet Musytari akan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi pada hari ini.
Dari sudut pandangan Bumi, fenomena ini berlaku apabila objek angkasa akan berada di bahagian timur dan Matahari terbenam di sebelah barat.
Oleh itu, Matahari dan objek tersebut akan berada pada kedudukan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain.
Memetik laporan Wion, pertentangan planet terbesar tersebut berlaku pada setiap 13 bulan. Bagaimanapun, pada 26 September ini Musytari akan kelihatan lebih jelas, besar dan terang dari biasa.
Difahamkan juga, Musytari akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi ketika ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan planet kita.
Sumber: TikTok @spacedollah
The post Planet Musytari Dijangka Berada Pada Kedudukan Paling Dekat Dengan Bumi Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


