‘Planet Us’ angkat tiga elemen kelestarian alam

9 Sep 2022 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pameran ‘Planet Us’ mengangkat tiga elemen kelestarian alam sekitar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Yakub Khan berkata pameran anjuran Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dengan kerjasama pengusaha perniagaan sosial Biji-biji Initiatives dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur itu menekankan tiga objektif iaitu pemeliharaan, pemuliharaan dan inovasi alam sekitar.

“Pameran berkonsepkan interaktif ini memberi penekanan terhadap kesedaran masyarakat, khususnya golongan belia tentang perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar bagi mewujudkan masa depan Sabah yang mampan.

“Program menawarkan sesi menyeronokkan seperti permainan dalam talian, tayangan filem dan bengkel perbincangan ini diharapkan dapat merangsang minat serta usaha golongan muda mewujudkan masa hadapan yang lebih baik,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran ‘Planet Us’ di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru, pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Tetap KSTI, Zainudin Aman.

Pada majlis sama, Kaunselor Kedutaan AS Mindy Masonis menjelaskan, kepelbagaian ekosistem Sabah dengan keindahan alam semula jadi menakjubkan menjadikan negeri ini antara kawasan terpenting dalam usaha menangani perubahan iklim.

Jelasnya, golongan muda, khususnya perlu berfikir secara kritis menjadikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai amalan harian agar boleh diwarisi generasi akan datang.

Pameran yang berlangsung dari 1 hingga 11 September itu menawarkan bengkel kitar semula yang melatih para peserta untuk melihat lebih jauh fungsi produk buangan harian agar meminimumkan pencemaran alam sekitar.

Hadir sama Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah serta Ketua Pegawai Eksekutif Biji-biji Initiative, Juliana Adam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article