Plastik Kitar Semula Didapati Toksik Dan Tidak Selamat Untuk Digunakan

WorldTechnologyDigitalSpace
13 Nov 2023 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di dekad 90an saya gemar menonton siri animasi Captain Planet. Kerajaan pula memperkenalkan kempen kitar semula tin aluminium dan plastik yang dikatakan dapat membantu mengurangkan pencemaran. Dengan tiada bahan terbuang, dunia yang lebih lestari dijanjikan oleh pelbagai kempen kitar semula. Tetapi saintis dari University of Gothenburg mengeluarkan kajian yang mengatakan plastik kitar semula tidak selamat untuk digunakan.

image is not available

Menerusi analisa palet plastik kitar semula dari Asia, Afrika. Amerika Selatan dan Eropah Timur, mereka mendapati ia dicemari oleh bahan kimia yang majoritinya adalah toksik kepada manusia. Bahan kimia paling banyak ditemukan adalah racun perosak diikuti pula oleh bahan farmaseutikal. dengan ini terhasil ketika proses menghasilkan plastik serta ketika ia sedang dikitar semula

Penyelidik turut mengatakan tidak terdapat pemantauan yang ketat pada plastik yang dikitar semula di peringkat antarabangsa. Akibat plastik kitar semula yang sebenarnya toksik ini mungkin digunakan pada produk seperti bekas simpanan makanan atau mainan kanak-kanak. Mereka menyarankan supaya ditubuhkan badan pemantauan lebih ketat untuk memastikan plastik yang selamat sahaja digunakan.

View Original Article