Platform angkat bakat seni, kreativiti belia: Borneo Matsuri dijangka himpun 8,000 penggemar anime, muzik

Music
15 Oct 2023 • 2:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BORNEO Matsuri, festival muzik ACG yang pertama di Borneo, tidak hanya akan menghimpunkan komuniti penggemar anime dan pencinta muzik tetapi juga sebagai platform untuk mengiktiraf bakat seni dan kreativiti anak muda di negeri ini.

Maka tidak hairanlah, stesen radio tempatan Kupikupi FM selaku penganjur menjangkakan festival yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 20-21 Okt itu akan menarik kira-kira 8,000 pengunjung.

Pengurus Besar Kupikupi FM Lester Miol berkata festival dua hari itu, yang menumpukan pada animasi, komik dan permainan (ACG) serta muzik, merupakan percubaan pertamanya bagi meneroka budaya ACG Jepun yang makin berkembang pesat di Borneo.

“Walaupun komuniti ACG dilihat sebagai budaya yang bersahaja, tetapi ia kini semakin mekar sehingga berjaya meluaskan kuasanya, seterusnya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Sebagai respon kepada ‘kebangkitan’ ACG, Kupikupi FM mewujudkan Borneo Matsuri sebagai platform bagi melonjakkan bakat anak muda ini agar menjadi perhatian, di samping memberi peluang kepada mereka mempamerkan kemahiran masing-masing daripada cosplay yang menakjubkan kepada persembahan yang memukau.

“Borneo Matsuri ini juga lebih daripada sekadar perhimpunan peminat ACG kerana ia membuka laluan kepada belia mengembangkan minat mereka menjadi sesuatu yang luar biasa.

“Dengan kerjasama di antara Kupikupi FM dan penganjur bersama Projek Hikayat serta Hobbycon, Borneo Matsuri bersedia untuk mencipta semula lanskap atau arena festival ACG di Borneo.

“Gabungan kepakaran dan dedikasi organisasi-organisasi ini dalam memastikan festival yang bertaraf tinggi, direka sepenuhnya untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengunjung,” katanya, dalam sidang media sempena festival itu di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Borneo Matsuri, katanya, akan menampilkan barisan tetamu jemputan dan aktiviti yang dinamik, termasuk persembahan ‘live’ daripada artis popular tempatan, pameran cosplay, gerai barangan eksklusif, perbincangan panel yang menarik, bengkel interaktif dan banyak lagi.

Barisan tetamu jemputan termasuk Rina Hime, Arddley Nicholas, Gretchene, Eu4nics, Ordin J, Tuni Sundatang, Whooguan, Zen Oasis, Iccachu, Naomi Yuma, Nakoudays, Zorokit, Amelia Khor, Ai Nurul dan Pudds, serta Zeetingdraws, antara lain.

LESTER percaya ini adalah masa yang tepat buat stesen itu mengadakan Borneo Matsuri selepas hampir lima tahun menganjurkan konsert. Rina Hime

Lester berkata, barisan tetamu jemputan bukan sahaja datang daripada latar belakang muzik, tetapi juga dari sudut cosplay yang bakal memberikan satu kelainan.

“Rina Hime dan Amelia Khor merupakan antara penghibur yang sering kali diundang dalam penganjuran festival atau konvensyen berkaitan ACG di Kuala Lumpur, khususnya.

“Rina yang cukup dikenali sebagai ‘queen of performance’ pula sudah pun menjelajah hampir ke seluruh Malaysia, dan baru-baru ini dia turut membuat persembahan di Singapura,” katanya.

Dalam pada itu, Lester juga percaya ini adalah masa yang tepat buat stesen itu mengadakan Borneo Matsuri selepas hampir lima tahun menganjurkan konsert.

“Sejak bertahun-tahun Kupikupi FM dalam industri, tidak dinafikan jenama kami cukup sinonim dengan konsert.

“Tetapi selepas lebih dua tahun kita dilanda pandemik Covid-19, kami melihat pasaran sudah berubah, begitu juga dengan komuniti kami sudah beralih daripada sekadar penonton konsert.

“Saya secara peribadi dan juga pasukan dalam Kupikupi FM merasakan sudah tiba masanya untuk meneroka suasana baharu dan bukan hanya konsert hiburan semata-mata.

“Jika kami ingin terus bertahan lama dalam industri, saya percaya kami perlu melakukan kelainan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, selain perlu mengikuti perkembangan semasa.

“Tetapi ini tidak bermakna kami tidak akan mengadakan konsert lagi selepas ini, cuma kami ingin berehat sebentar daripada menganjurkannya.

“Selain itu, dengan begitu banyak konsert di Sabah sejak kebelakangan ini, saya percaya kami mengambil langkah yang tepat untuk menganjurkan festival seumpama ini,” katanya lagi.

Sementara itu, katanya, dengan semangat untuk ‘mengembalikan’ kepada komuniti, Borneo Matsuri turut mempelawa warga rumah anak yatim tempatan ke festival berkenaan.

“Kami percaya kepada ‘kuasa’ hiburan yang menghadirkan kegembiraan selain ‘memahat’ satu kenangan manis buat anak-anak yatim yang menyertai Borneo Matsuri.

“Dengan menjemput mereka, kami berhasrat untuk menyediakan satu pengalaman baharu dan hiburan kepada mereka, besar harapan kami agar dapat menceriakan anak-anak ini, di samping memberi inspirasi kepada mereka,” katanya.

Borneo Matsuri dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh rantau ini, termasuk peminat anime, cosplayer, peminat muzik dan individu yang ingin tahu yang ingin serta menerokai dunia ACG.

“Pengunjung pastinya boleh menjangkakan satu pengalaman yang benar-benar baharu, di samping berpeluang beramah mesra dengan peminat yang ‘sekepala’ serta menemui aspek baharu yang menarik dalam ACG.

“Festival ini juga menawarkan peluang baik untuk perniagaan di mana penaja tempatan boleh mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada orang ramai,” katanya lagi.

Untuk maklumat terkini, layari media sosial rasmi festival @borneomatsuri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article